Hey there. We’re The Early Years Count team sending you fresh info and fun ideas to your inbox.
Want to play? Sign up now to receive tips, ideas and fun ways to make your child’s early years count.
Kindergarten, dikenali sebagai kindy, merupakan suatu program pendidikan separuh masa bagi kanak- kanak dalam tahun sebelum mereka memulakan sekolah. Penyertaan
dalam program kindy membolehkan anak anda belajar melalui bermain, mendapat kawan dan bersedia untuk peralihan ke sekolah.
Progran kindy yang diluluskan oleh Queensland Government merupakan program-program yang berasaskan bermain dan diajar oleh guru pendidikan awal kanak-kanak yang berlulusan, program-program Kindy boleh ditawarkan di pusat-pusat pembelajaran awal kanak-kanak; beberapa sekolah luar bandar; dan menerusi pembelajaran jarak jauh atau eKindy bagi sesetengah kanak-kanak yang tidak dapat datang ke sebuah pusat pembelajaran.
Di kindy, kanak-kanak belajar menerusi bermain agar:
Di Queensland, kanak-kanak boleh menghadiri kindy pada tahun sebelum mereka bersekolah. Setiap perkhidmatan adalah berbeza dan ada yang mungkin mempunyai senarai
menunggu, oleh itu ianya merupakan suatu idea yang baik untuk berbincang dengan perkhidmatan kindergarten pilihan anda tentang masa yang terbaik untuk mendaftarkan anak anda.
Anak anda harus berusia 4 tahun pada 30 Jun untuk mengambil bahagian dalam kindy.
Anak dilahirkan | Anak boleh menghadiri kindy |
1 Julai 2013 hingga 30 Jun 2014 | 2018 |
1 Julai 2014 hingga 30 Jun 2015 | 2019 |
1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2016 | 2020 |
1 Julai 2016 hingga 30 Jun 2017 | 2021 |
1 Julai 2017 hingga 30 Jun 2018 | 2022 |
1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2019 | 2023 |
Apa yang anda perlukan untuk mendaftar anak anda:
Perkhidmatan anda akan merahsiakan maklumat ini dan anda akan mempunyai akses yang sepenuhnya kepada rekod-rekod anak anda.
Semua kanak-kanak di Queensland layak untuk menghadiri tadika yang diluluskan pada tahun sebelum memulakan persekolahan. Suatu program kindergarten yang diluluskan memenuhi garis panduan kerajaan, dan merupakan:
Untuk membantu mengenal pasti suatu program Queensland Government yang diluluskan, sila cari ‘kindy tick’.
Yuran tadika adalah berbeza-beza, bergantung pada perkhidmatan. Sila hubungi kindy pilihan anda untuk butiran tentang struktur yuran mereka.
Kindergarten yang mengenakan yuran rendah atau tidak mengenakan yuran ditawarkan kepada keluarga-keluarga yang layak, termasuk keluarga angkat,yang:
Subsidi untuk kindergarten yuran rendah atau tidak mengenakan yuran terus diberikan kepada penyedia perkhidmatan anda. Ini boleh mengurangkan perbelanjaan tunai langsung anda. Ini boleh dituntut sekali sahaja, walaupun anda menetapi beberapa syarat.
Keluarga anak-anak yang menyertai program kindergarten dalam seting penjagaan sepanjang hari juga mungkin layak untuk Commonwealth Government Child Care Subsidy.
Maklumat tentang kelayakan untuk subsidi-subsidi Kerajaan Komanwel tersebut boleh didapati dari Centrelink.
Kanak-kanak dalam penjagaan angkat atau persanakan juga boleh mendapatkan subsiditambahan. Sila hubungi kindy anda, kemudian Child Safety Service Centre untuk maklumat lanjut.
Sila hubungi Queensland Government melalui telefon 13 74 68
Cari ‘kindy’ di www.qld.gov.au/earlyyearscount
Want to play? Sign up now to receive tips, ideas and fun ways to make your child’s early years count.
Complete these short questions to get personalised tips and activities to see how simple and easy it can be.
Get started